Bahan Aktif / 有效成份: 2-Chloroethylphosphonic Acid (Ethephon)...10.8% Bahan Lengai / 惰性成份: ...89.2%
Bahan Homon Untuk Tanaman
Menggalakkan Pokok Nenas Berbunga Serta Buah Masak Serentak
UNTUK MENGGALAKKAN PEMBUNGAAN
Fethephon 108 adalah sejenis bahan homon tanaman-tanaman yang digunakan untuk menggalakkan Bromeliads (nenas) berbunga pada masa yang dikehendaki. Oleh itu, jarak menghasilkan buah dapat dijadualkan sesuai dengan keperluan pengilang. Sekiranya Fethephon 108 tidak digunakan, tempoh dan pusingan memetik hasil akan berlanjutan dan jumlah hasil juga berkurangan.
Bagi tanaman ratoon, jarak masa menghomon pokok nenas dengan Fethephon 108 hendaklah dijadualkan sekurang-kurangnya 120 hari untuk mencegah penyakit buah Erwinia chrysanthemi.
UNTUK KEMASAKKAN BUAH
Walaupun, penggalakkan membungaan dan pembuahan adalah serentah, buah-buah tersebut tidak masak pada masa yang sama. Untuk menggalakkan buah nenas masak serentah, gunakan Fethephon 108 1-2 minggu sebelum memetik buah yang pertama. Sekiranya bahagian bawah buah menunjukkan buah tersebut akan masak, maka Fethephon 108 mestilh digunakan.
MUSTAHAK
Elakkan daripada menggunakan air yang berasid. Jangan campurkan Fethephon 108 dengan lain bahan kimia. Campuran hendaklah digunakan dalam 2 jam selepas disediakan.
AWAS
Fethephon 108 mengandungi asid. Berbahaya jika termakan. Elakkan daripada terkena kulit atau mata. Basuh Badan sebersih-bersihnya dengan sabun dan air selepas mengendalikan produk ini. Jika terkena mata, bersihkan dengan menggunakan air bersih yang banyak.