PENGGALAK SUSU GETAH FETHEPHON 250
Penggalakan susu getah harus digunakan apabila pokok getah berumur 13-15 tahun untuk mendapatkan hasil melebihi 1500 kg / ha / tahun (125 kg / ha / bulan). Jangan gunakan Penggalak Susu Getah Fethephon 250 pada musim daun meluruh dan pendaunan semula.
CARA PENGGUNAAN
Gunakan 500 ml Fethephon 250 untuk 250-300 pokok. Sapukan 1.0-1.5 ml Fethephon 250 pada alur torehan dengan berus kecil. Sapukan Fethephon 250 pada hari yang tidak menoreh atau tidak hujan.
Umur PokokKegunaan Dalam Setahun
Penorehan di dua tahun pertama 2 Kali
3 tahun sebelum torehan ditukarkan 3 Kali
AWAS
Fethephon 250 mengandungi asid. Berbahaya jika tertelan. Elakkan daripada terkena kulit atau mata. Basuh badan sebersih-bersihnya dengan sabun dan air selepas mengendalikan produk ini. Jika terkena mata, bersihkan dengan menggunakan air bersih yang banyak.