PENGGALAK SUSU GETAH FETHEPHON 500
Penggalakan susu getah harus digunakan apabila pokok getah berumur 13-15 tahun untuk mendapatkan hasil melebihi 1500 kg / ha / tahun (125 kg / ha / bulan). Jangan gunakan Penggalak Susu Getah Fethephon 500 pada musim daun meluruh dan pendaunan semula.
CARA PENGGUNAAN
Gunakan 500 ml Fethephon 500 untuk 250-300 pokok. Sapukan 1.0-1.5 ml Fethephon 500 pada alur torehan dengan berus kecil. Sapukan Fethephon 500 pada hari yang tidak menoreh atau tidak hujan. Fethephon 500 boleh digunakan ulangkali sebanyak 6-8 kali setahun.
Umur PokokKegunaan Dalam Setahun
3-4 Tahun Sebelum Ditebang 6-8 Kali
AWAS
Fethephon 500 mengandungi asid. Berbahaya jika tertelan. Elakkan daripada terkena kulit atau mata. Basuh badan sebersih-bersihnya dengan sabun dan air selepas mengendalikan produk ini. Jika terkena mata, bersihkan dengan menggunakan air bersih yang banyak.