Hydro-Ca
Hydro-Ca adalah baja larutan yang digunakan sebagai baja semburan dedan khas untuk pokok buah-buahan dan sayur-sayuran berbuah.
Penggunaan baja larutan ini mampu mengoptimumkan penyerapan dan penggunaan unsur kalsium, boron dan magnesium yang dibekalkan kepada tanaman.
Keistimewaan Hydro-Ca
Penggunaan Hydro-Ca mampu memperbaiki kualiti buah (pokok buah-buahan dan sayuran berbuah) dengan membekalkan:
1. Formula kalsium dan boron yang sesuai dan berkesan dalam mengawal keadaan reput buah, reput pangkal buah, kekeringan dahan akibat penyakit vaskular dan perekahan buah seperti yang berlaku pada buah mangga dan jambu air.
2. Formulasi yang berasaskan kalsium larut air yang mengandungi:
- Kandungan kalsium yang tinggi menambahkan ketegapan kulit buah, mengurangkan perekahan buah serta serangan penyakit semasa dalam penyimpanan.
- Kandungan magnesium yang seimbang.
- Sumber nitrogen dalam bentuk nitrat yang mudah digunakan oleh tanaman.
Sayuran : 30 cc / 4 gelan air, Sembur 14 hari sekali.
Buah-buahan : 30 cc / 4 gelan air, Sembur 14 hari sekali.
Tanaman Hiasan : 30 cc / 4 gelan air, Sembur 14 hari sekali.
Tapak Semaian : 10 cc / 4 gelan air, Sembur 14 hari sekali.